Kerja Rumah Isteri Tak Pernah Habis. Suri Rumah Atau Bekerja, Dua-dua Penat!

0
1399

Percayalah, kerja rumah seorang isteri tak pernah siap. Kalau nampak isteri dah tarik muka masam, itulah peranan suami. Cuba tolong mana yang mampu sebab kadang isteri tak cakap walau dia penat. Tangan tetap bergerak demi kepuasan mata suami, sama ada isteri itu suri rumah atau keluar bekerja dia gigih uruskan rumah tangga.

Namun andai sesekali anda terlihat rupa isteri seperti orang berumur, rambut pun serabai, tidur berdengkur dan kadang rumah tak berapa nak kemas, bantulah dia. Itu mungkin dia dah tak mampu buat.

Ada suami yang rasakan kerja sebagai suri rumah ini tak penat pun. Alah duduk rumah je. Aku ni ha dengan jem lagi, dengan kerja ofis menimbun lagi. Lagi penat. Balik nak rehat, nak tenangkan fikiran.

Sebenarnya, kerja seorang isteri yang menjadi suri rumah sepenuh masa atau wanita yang bekerja, dua-dua sangat penat. Sebab kerja rumah ini tak pernah habis.

Terutama jika ada anak-anak. Kerja di rumah tak pernah habis.

Cuba orang lelaki urus rumah 3 hari je. Rasanya Allah jer yang tahu. Penat, letih, lesu dan rasa nak menangis. Nabi saw paling memahami dan melayan perasaan isterinya. Tak marah dan sentiasa prihatin dan suka menawan hati mereka.

Perkara asas dalam hidup mereka terabai. Makan minum, rehat tidur, waktu mandi dan ke tandas, urus diri dan kasih sayang. Mereka kena layan kerenah anak-anak. Jika ada anak di rumah. 24 jam nak makan. 24 jam rumah bersepah. Baru kemas sejam. Sekejap isteri urus benda lain. Rumah dah tak rupa rumah. Bersepah semula, mereka menjerit marah penat, belum kira anak menangis 24 jam. Nak susu, nak berak, main air, berebut mainan.

Boleh darah tinggi 24 jam kena menjerit. Melihat dan nak menegur anak-anak.

Basuh baju jer. Dari pagi kutip baju. Basuh baju. Lepas tu jemur baju. Lepas tu angkat baju. Lipat baju. Kemas dalam almari ikut jenis. Ikut almari masing-masing. Kadang almari tak cukup beli bekas dekat giant. Sekejap lagi anak terbalikkan.

Duduk seorang diri di rumah. Takde orang lain. 24 jam mengadap pintu rumah. Takde kawan bercakap. Banyak nak cakap. Suami balik. Ingat nak cerita. Salah luah. Sebab dah penat. Cakap merapu. Suami pula cakap awak duduk rumah apa kerja? Awak duduk rumah macam mana duit habis? Awak duduk rumah tak boleh urus rumah? Terus rasa nak pecah kepala mereka. Kat mana nak mula. Kerja rumah kalau terang habis satu buku. Kalau cerita 3 hari 3malam tak selesai. Suami mengamuk pergi lepak dengan kawan. Lepak mamak. Kesian isteri, isteri nak lari mana. Siapa nak jaga anak di rumah.

Kita kahwin ini amanah Allah. Tolak ansurlah. Kerjasamalah. Biar ada hati budi. Ada hati perut. Doakan isteri. Sayangi mereka. Bantu mereka. Beri masa dengar kisah hidup mereka.

Kalau sendiri pun penat, tak mampu nak tolong dengan tenaga sendiri, banyak lagi cara kita boleh bahagiakan isteri, mudahkan kerja isteri.

Mesin dryer kain, steam iron, pressure cooker Noxxa, kuali magic ikan, penapis air Coway dan penapis udara adalah antara peralatan yang boleh memudahkan kerja isteri. Jika mampu beli semua, beli lah. Jika tidak, beli sikit-sikit pun tak apa. Isteri pun suka bila tengok suaminya prihatin, ambil berat. Penat pun terasa hilang.

Bulan ini, Coway ada buat promosi tak masuk akal. Pada hanya RM6.60 sehari, suami boleh hadiahkan kepada isteri penapis air dan udara #villastorm sekali gus. Ya, dua penapis air dan udara pada harga RM6.60 sehari. Servis setiap 2 bulan, tukar filter ikut jadual dan full warranty 5 tahun, semua tanggung beres.

Tak perlu save, hanya klik disini untuk whatsapp kami dan biar kami bantu mudahkan urusan seharian isteri anda.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here