4 Benda Anda Perlu Tahu Sebelum Beli Penapis Air

1
1514

Membeli barang akan menjadi lebih mudah dan menjimatkan sekiranya kita tahu apa yang patut kita tahu. Takdelah kita beli benda yang tak perlu ataupun kena goreng dengan salesperson.

Sama juga seperti penapis air. Ada 4 benda penting yang perlu diambil kira. Bendanya simple je, cuma ramai orang yang terlepas pandang ataupun memang tak tahu.

  1. Fungsi suhu


    Inilah faktor kenapa penapis air hari ini semakin menjadi keperluan. Berbeza dengan penapis air dulu yang hanya menapis air, banyak penapis air hari ini mempunyai fungsi pelbagai suhu. Paling basic ada suhu bilik, sejuk dan panas.
    Fungsi 3 suhu ini sangat-sangat convenient, terutama bagi membantu kaum ibu, lebih-lebih lagi yang ada anak kecil. Dah tak perlu lagi water heater dan botol-botol kosong tu pun dah boleh buang. Dapur lebih kemas dan berleter pun boleh kurang. Eh!

    Bagaimanapun, tidak semua penapis hari ini ada fungsi 3 suhu ini. Masih ada yang kekal tapis air sahaja dan ada yang hanya ada suhu sejuk dan panas. Terpulang mana yang anda mahu. Namun, kebanyakan orang mahukan at least 3 suhu kerana ianya sememangnya lebih make sense.

  2. Saiz tangki


    Jika anda mahukan air masak, sejuk dan panas sentiasa available, sudah tentulah saiz tangki adalah penting, bukan? Jadi, lebih besar tangki anda adalah lebih bagus. Untuk air masak tak ada masalah, tapi untuk air sejuk dan panas, ianya akan ambil sedikit masa.

    Paling kurang, saiz tangki kenalah bersesuaian dengan total isi rumah. Jadi boleh cover penggunaan untuk semua orang. Kalau malas nak agak-agak, beli je terus yang ada tangki paling besar. Senang cerita.

  3. Kekerapan servis


    Ini fakta. Kalau anda malas nak servis penapis air yang anda beli, adalah lebih baik anda tak pakai penapir air langsung. Sebab apa? Segala macam kotoran yang ada kat penapis tu, boleh jadi tempat paling subur untuk bakteria membiak. Dah la memang kotoran semua ada kat situ, kawasan pulak lembab, memang terbaik.

    Hari ini, banyak syarikat pakejkan sekali penapis air sekali dengan servis. Jadi anda tak perlu fikir dah pasal servis. Tinggal guna je.

    Tapi kalau ada jenis yang ada disiplin yang sangat tinggi, self-maintenance memang sesuai untuk anda. Pun begitu, cuba bandingkan harga kedua-dua option. Kadang-kadang tu harga tak jauh beza. Jadi, might as well ambil yang ada pakej servis sekali, ye tak?

  4. Pengiktirafan


    Hari ini, semua orang boleh buat penapis air, tetapi tak semua orang boleh dapat pengiktirafan dari badan yang bertauliah. Ada orang tak kisah pun pasal benda ni, sebab bagi mereka tak ada beza pun ada ke tak ada. Well, mungkin mereka juga jenis yang kisah

    World Quality Association (WQA) dan National Sanitation Foundation (NSF) adalah dua badan yang dipercayai untuk sebarang pengiktirafan berkaitan air. Badan-badan ini ditubuhkan untuk menjaga hak pengguna specifically yang berkaitan dengan air. Produk yang mendapat pengiktirafan daripada mereka, terbukti selamat dan tidak memperdayakan.

    Untuk mendapatkan pengiktirafan daripada kedua-dua badan ini, sesuatu produk itu perlu melalui ujian-ujian yang ketat dan berterusan.

     

    Klik sini

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here